Wednesday, 16 July 2014

Aku memang tak dapat lupakan dia, walau kuat mana pon usaha nak lupakan dia, dia tetap ada kat dalam hati aku.. Walau dia selalu suruh aku lupakan dia, dia selalu suruh aku jangan suka dia, tapi hati aku tetap untuk dia.. aku rasa terkilan, aku rasa bodoh, aku rasa penat tunggu dia, tapi aku tak mampu nak tipu diri aku yg aku sayangkan dia.. aku mungkin lelaki paling bodoh dalam dunia ni sebab tunggu dia yg dah sah sah tak suka kat aku.. tapi apa daya aku.. ini kisah aku.. ini kisah cinta aku.. Akulah selipar buruk tuh.. sebab apa aku namakan diri aku selipar buruk?? itu semua ada sebabnya.. kenapa aku masih tunggu dia?? itu pun ada sebabnya.. dalam dunia ni, semua yg berlaku ada sebabnya.. kisah cinta aku mungkin tak seindah macam kisah cinta korang.. dan kisah cinta aku mungkin tak sesedih cinta korang.. aku start menulis blog ni balik pun ada sebabnya..ini semua kerana dia.. dia yg bernama gadis yg dipilih oleh aku untuk dijadikan bidadari di syurga nanti.. gadis yg tak secantik perempuan yg metropolitan yg ada kat luar sana tapi cukup cantik di pandangan aku.. rupanya, akhlak nya, senyumannya, gelak tawanya, suara maafnya, marahnya, degilnya.. semuanya cantik di pandangan aku.. dia satu satunya gadis yg mampu membuatkan hidup aku huru hara bila dia marah..dan dia jugalah yg mampu membuatkan hidup aku aman semula selepas huru hara tersebut.. ya, hanya dia lah satu satunya..ini kisah cinta aku.. #SeliparBuruk

No comments:

Post a Comment